0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

TRRM biak buaya tembaga

| Khamis, 6 Jun 2013

Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka (TRRM), di sini, mencipta sejarah apabila berhasil membiakkan spesies buaya tembaga secara semula jadi.

Kejayaan itu menjadikan ia taman pertama di negeri ini dan di Malaysia yang membiakkan reptilia itu atau nama saintifiknya, Crocodylus porosus menerusi habitat sebenar.
Tetas 20 telur


Pengarah Urusan TRRM, Gerard Wong, berkata dua sarang telur buaya dipelihara ibu buaya di kawasan kandang di situ, sehingga menetaskan 20 telur daripada 33 biji keseluruhannya.

Katanya, sejak penubuhan taman itu 20 tahun lalu, pelbagai usaha dilakukan pihaknya supaya dapat membiakkan buaya, namun tidak berjaya atas faktor kedalaman air tidak mencukupi.

"Kerja menaik taraf persekitaran serta kedalaman kolam membabitkan kos lebih RM120,000 berjaya apabila 12 ekor anak buaya tembaga berjaya hidup selepas menetas pada 3 Jun lalu.

"Ada dua lagi sarang buaya dijangka menetas pada bulan depan dan pengalaman ini amat bermakna," katanya di TRRM di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Wong berkata, sehingga kini ada 33 buaya tembaga pelbagai saiz ditempatkan di lima kolam dibina mengikut saiz di taman berkenaan.

Katanya, pemeliharaan buaya di taman itu turut mendapat khidmat nasihat pakar dari Taman Buaya Langkawi dan Taman Buaya Muar.

"Buaya dewasa di sini diberi makan daging ayam dua kali seminggu, manakala seminggu sekali bagi anak buaya dengan jangka hayatnya boleh mencecah sehingga 90 tahun," katanya.

Spesies hampir pupus

Sementara itu, Pegawai Penyelidik dan Hidupan Liar Taman TRRM, Norashyikin Zainudin, berkata buaya tembaga boleh hidup dalam air masin dan air tawar adalah spesies buaya tempatan hampir pupus serta dilindungi sepenuhnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

0 komen:

Catat Ulasan