0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Diploma sukan golf

| Rabu, 6 Mac 2013

Buat julung kalinya tahun ini, Universiti Malaya (UM) menawarkan Diploma Pengurusan Sukan Golf bagi membolehkan pelajar lepasan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara AKBG dengan UM baru-baru ini.
 
MoU tersebut disempurnakan Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Program sepenuh masa itu menawarkan pengajian enam semester selama tiga tahun untuk pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berpengalaman dalam golf atau pernah bekerja dalam industri sukan tersebut.
 
Menurut Ahmad Shabery, pelajar program diploma itu akan didedahkan dengan pengetahuan dalam pengurusan dan pemasaran selain ilmu yang diperlukan bagi kerjaya sebagai kedi.
Menurutnya, antara subjek yang terkandung pada modul pembelajaran seperti pengurusan kelab, pengurusan padang, pengurusan ma kanan, pemasaran pelancongan golf, pemasaran keahlian kelab, penguru san acara golf dan kejurulatihan.
 
''Ada pelajar yang boleh dilatih sebagai pemain profesional, pelajar yang menguasai ilmu sukan golf juga boleh berkecimpung dalam bidang pengurusan,'' katanya selepas hadir menyaksikan MoU tersebut di Putrajaya baru-baru ini.
Kata beliau, sebagai permulaan, seramai 60 pelajar akan diambil untuk mengikuti pengajian itu pada September ini.
 
Ujar Ahmad Shabery, penawaran pengajian peringkat diploma oleh UM akan membolehkan lepasan AKBG yang berbakat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
''Sebelum ini, pelajar AKBG cuma mendapat sijil dengan mengikuti pengajian selama enam bulan namun kini mereka berpeluang mendapat diploma daripada UM.
''Kita juga akan mengatur supaya pelajar ini boleh bermain di kelab-kelab tertentu semasa melanjutkan pelajaran di UM,'' katanya.
 
Beliau berkata, Malaysia menetapkan sasaran untuk menghantar wakil bagi bertanding dalam acara golf ketika Sukan Olimpik 2016.
Dalam pada itu, Ghauth berkata, UM sedia menawarkan diploma dalam bidang sukan lain selain golf sekiranya mempunyai permintaan atau cadangan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

0 komen:

Catat Ulasan