0htehtarik - sumber rujukan percuma dan terkini

Beli gelaran Datuk Seri

| Selasa, 19 Februari 2013

Shah Alam: Seorang kontraktor dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, terhadap dua pertuduhan rasuah bernilai RM5,000 bagi membantu seorang ahli perniagaan memperoleh gelaran Datuk Seri, empat tahun lalu.

Mohd Amirul Erwan Mohd Roslan, 36, didapati bersalah terhadap dua kesalahan mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, meminta dan menerima habuan itu daripada ahli perniagaan, Mohamad Imran Abdullah, sebagai dorongan untuk membantu seorang lagi ahli perniagaan, Lim Kok Han memperoleh darjah kebesaran Perak.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 dan 4 Februari 2009 di Hotel Grand Kampar di Perak dan Holiday Villa Subang dekat sini.


Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dengan denda RM25,000 bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Jika dia gagal membayar denda RM25,000 seperti yang diperintahkan, Mohd Amirul Erwan boleh dipenjara selama 12 bulan.

0 komen:

Catat Ulasan